Pemilihan polisi
insurans adalah serupa seperti memilih kenderaan. Ia diperlukan untuk
keperluan individu dan gaya hidup kita tetapi yang paling penting ia
memenuhi bajet kita. Dalam Akta Pengangkutan Jalan 1987 adalah perlu
sekurang-kurangnya kita ada perlindungan bagi pihak ketiga, tetapi untuk
jenis perlindungan lain adalah pilihan.
Insurans motor bagi Pihak Ketiga adalah lebih luas daripada Akta. Selain memberikan melindungi terhadap kematian dan kecederaan kepada pihak ketiga, ia menyediakan perlindungan kepada kenderaan untuk pihak Ketiga.
Dalam perlindungan pihak ketiga, pemegang polisi boleh memilih untuk memasukkan perlindungan kerugian atau kerosakan untuk kenderaan sendiri seperti kebakaran dan kecurian sahaja. Bagaimanapun, pemegang polisi mendapati dengan membayar lebih sedikit untuk mendapatkan perlindungan insurans motor komprehensif adalah lebih bermanfaat.
Polisi insurans
bagi perlindungan komprehensif hanya meliputi pihak ketiga dan meliputi
perlindungan bagi kerugian atau kerosakan untuk kenderaan sendiri
seperti kebakaran dan kecurian sahaja. Polisi ini juga membolehkan
syarikat insurans membaiki, menggantikan dan menggembalikan jika berlaku
kerosakan atau kehilangan.
3 kategori utama perlindungan tambahan adalah
-
Retakan kaca pada cermin depan atau tingkap
-
Banjir, tanah runtuh atau bencana alam yang lain
-
Tindakan kecuaian (seperti penumpang membuka pintu kereta dan menyebabkan kemalangan)
-
Kereta persendirian untuk tujuan tuisyen (seperti mengajar pemandu baru bagaimana untuk memandu dengan menggunakan kereta persendirian)
No comments:
Post a Comment